Friday, August 29, 2008

permata yang dicari..

sekadar berkongsi lirik lagu yang sudah lama saya dengar tetapi baru hari ni tahu tajuknya.. (special thanks to my new family, UFM) memang menyentuh hati saya setelah sekian lama tidak mengikuti perkembangan dunia nasyid. sesungguhnya irama nasyid masih unggul di arena mereka tersendiri..
renungkan..



HaDirnYA tAnPA kUsEdARi
MeNgGaMit KaSiH CinTa Bersemi
hAdiR cInTa InsAn PaDa Ku iNi
AnuGerAh KurniAan ILAHI

LembUt TuTuR bICARanYA
mEnArIk hAtiKu Utk menDekatiNya
KesopanAnnyA MemiKat Di Hati
MendAMaikan JiwaKu yg Resah ini

Ya ALLAH jIKa dia Benar unTukku
DekAtkanLaH HatiNya denGan HatiKu
Jika dia Bukan mIlik ku
DamaikAnlah hAtiku dGN Ketentuanmu

Dialah pErMata Yg dicari
sElaMa ini Baru KuTemUi
tApi Ku tak Pasti Rencana ILAHI
aDAKah dia kAn kU mILIki

Tidak sEkAli di nodai naFsu
AkaN kU bATasi dgn SyariatMU
JIKA DIRINYA BUKAN UNTUKKU
REDHA HATIKU DENGAN KETENTUANMU


Ya ALLAH EngkaULah TemPat ku BergAntuNG hARaPan Ku
Ku haRap Diriku SeNtIasa Di bawah RahMatMU


(taken from http://www.firdaus.net/)




ahh.. memang touching. sangat pure, sangat ikhlas. now this is love. love does not force, love is about trust. if the person you love does not love you back, then the person is just not meant for you. pushing the person hard to make the person yours would torture the person from inside.

"love is not about two people looking at each other, but two people looking at the same direction". so deal with it. maybe the person isnt the person who looks at the same direction with you. pushing won't lead to any progress. what's the use of a relationship that starts with a force?

love would only make sense with FAITH. if u have faith on your CREATOR, then your love would make sense. HE has written our fate and it is not up to us to change it, EXCEPT with prayers and efforts. but if it still won't work between both of you, then maybe HE has planned something else for both of you.

to me, true love is like this; i look at him, he looks at her, but i can still smile because he is happy although he is not mine..

Thursday, August 21, 2008

tak balik2 lagi aku nih..

Abah called to tell me that he would have to send me back to campus a little late because MakSu fainted at MAHA and they are rushing to get her to the hospital. MakSu has been suffering from severe disorder of hearing and it somehow affects her head too. She can't stand large crowds and is not able to control her body normally. She is always sick, but remain strong to look after her children. She has a very big family with little kids around. Fortunately she has teenage children to help her with the house chores. *sigh.. I'm not excited about Taman Negara anymore. All i think of is MakSu. I hope she will be fine..

coret2 sebelum pergi taman negara

hari terakhir di rumah. esok nk pergi taman negara.. aku akan habiskan cuti di sana bersama kawan2. i can't wait. i've been very passionate about photography and this is my chance to explore the field.. and.. main2 dengan camera tu. hahah. nk beli sendiri, belum mampu lagi! takpe2.. aku kerja part time, simpan duit banyak2 and beli everything i dream to have. setakat ini aku ada a few things to buy.
1. the latest HP TouchSmart PC
2. Canon Digital SLR EOS 400D (wah!)
3. Amplifier.. (ni amin yg suh beli)
4. a new guitar..
YeS! pasti berjaya!

sejak akhir2 ni rimas dengan orang yang perasan bagus. kerja dia sejak akhir2 ni membetulkan orang je. entah la apa sebab tapi this person memang camni dari dulu. pendekatan je lain sikit. last time was a bit pushy, sekarang guna method lain pulak. but still the same motive, i would say. ala, biasa2 je sudey.. macam lah kita tak kenal awak. huh! tak payah hipokrit!

hipokrit.. hipokrit. sudah berapa kali daa nk bincang pasal nih. haha. apa yang penting adalah menjaga diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif. kalau berfikiran negatif dan sentiasa rasa diri sendiri betul, semua orang kita kata hipokrit. "kalau kelemahan itu bisa diakui, tiadalah orang hipokrit!". titik. dah, malas nak cakap benda basi. semua orang ada pandangan sendiri. hormatilah pendapat orang. wallahu'alam.

take note, everybody! pada 25 Ogos 2008 akan diadakan WACANA ARTIKEL 153 : KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU di Dewan Annexe UiTM Shah Alam. Kepada sesiapa yang tak tahu Dewan Annexe tu kat mana, i think is is sumwhere near DSB. alah jgn risau.. kat UiTM tak kurang signboard and lain2 penunjuk arah. besar and very clear. senang je nk cari.. Anyway, you can download the program schedule here:
http://www.uitm.edu.my/uitm/index.php?option=com_content&task=view&id=759&Itemid=2

kalau ada masa apa salahnya datang dan mengikuti wacana ni. bagus jugak. kalau tak silap yang akan hadir adalah YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor (Pengerusi GERAK Malaysia). VC kita, Y. Bhg. Dato’ Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah for sure memang ada lah. Beliau lah harapan kita nak mempertahan tempat berteduh sekian lama ni... okay! tak mau sebut2 lagi pendirian aku macamana. kat previous post aku sudah habis-habisan berdebat. nnt jd isu basi lagi. huh!

Taman Negara.. here i come!

Tuesday, August 19, 2008

Jom Cari Foto... cuti.. taman negara... mid term exam... post-cuti projects... wah!

Jom Cari Foto anjuran Kelab U-Vue UiTM Shah Alam, telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu, 16th August 2008 di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. pertandingan fotografi ini, yang bertemakan keunikan Taman Pertanian telah disertai oleh lebih kurang 50 peserta dari seluruh Malaysia termasuk pelajar UiTM sendiri (kami le tu..).

Huu.. best lah jugak competition ni. aku dengan Ila lebih kepada berjalan2 je.. especially rumah 4 musim tu. masa kami datang, tengah musim panas. memang seronok. kami yang dah biasa naik 93 anak tangga everyday tak tunggu bas pun. jalan je berdua explore Taman Pertanian. tapi tak dapat jelajah semua tempat lah. separuh pun tak lepas. masa yg diorg bagi pun 3 jam je. punya lah snap gambar sana sini, alih2 dia nak 3 best photos je. haha. rasanya kalau betul lah nk explore everything kenalah spend sikit sewa basikal. kalau tak.. alamatnya balik tu kaki lenguh, taubat tak mau jalan dah! =) tapi Taman Pertanian dah tak ada apa2 yang menarik kecuali rumah 4 musim tu.. tak terurus la tempatnya! aku harap in the future there will be more efforts on marketing so more people would know bout this place and come to visit.. (mula dah terserlah Tourism spirit)

Cuti2 ni aku tak bosan sebab agak lama tak jumpa adik2. walaupun kitorang banyak bertekak je kat umah, tapi seronok lah. lagipun kitorang memang gemar bertekak pun. anak2 rebel lah katakan. mana reti cakap baik2. hihi. balik kampung, kutip buah.. Fuh! memang best! nenek pun happy la sebab kitorang sejak beberapa tahun ni memang jarang balik. sejak aku pegi PEN.. adik plak kat MKZ. so yg balik adik aku yg kecik tu je la, and my mother. bila dah dekat nenek tak la sunyi sangat. kalo mak nk balik aku boleh je naik train and join diorg. senang cerita. dulu naik bas from PEN.. seram! byk pulak yg terbalik.. nauzubillah.. tapi aku kena balik dah hari khamis ni sebab jumaat dah bertolak pergi Taman Negara.. yahOo! ni lah untungnya dapat Tuan Haji Shafiee mengajar Photo Communication. berjalan je. Jalan, jalan jugak.. buku aku tak sentuh lagi. dah la mid term exam betul2 lepas cuti... i'm a dead duck..

lepas cuti aku ada banyak plan.. especially after the mid term exams. aku kena re-schedule balik routine aku sebab tak lama lagi masuk konti.. huhu. aku kena spend a little time for the training. tak mau la kena kick out sebelum probation habis hanya kerana tak datang training.. haih.. byk btol kerja. tak masuk lagi masa yg diperuntukkan untuk Mega Plan aku for this sem. heheh. ada lah kerja gila sikit nk buat. more to psychology punya thing. tengok lah berjaya ke tidak. i only need one moment of truth.. just ONE MOMENT and that's it. yg lain aku serah pada DIA. aku yakin kalau dah usaha, DIA takkan hampakan aku. sebelum ni pun DIA selalu perhatikan aku. aku harap langkah kali ni tak silap lagi.

TAK SILAP LAGI!

p.s: anyway, aku dah gembira buat course ni. mungkinkah kerana "A" (bukan nama sebenar)? ataupun kerana keserasian jiwaku dengan course ni? entah lah. aku harap kegembiraan ini kekal. aku rimas resah lama2. aku nk, bila aku bangun tidur one morning, aku boleh beritahu diri sendiri yang aku sedang berada pada jalan yang betul, boleh yakinkan diri sendiri yang aku takkan menyesal tinggalkan kawan2 aku. (kawan2.. aku rindu korang. tapi aku ada jalan yang berbeza. aku harap korang doakan aku)

esok nk kluar dengan Qurra tengok Zohan! *wink!
Cheers!

UiTM Di Hatiku.. Penjelasan Akhir

berfikir semula tentang membuka 10% kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.. memang ada baiknya. jika bicara tentang kualiti, pelajar Melayu boleh bersaing dan akan lebih rajin.. peningkatan kualiti pastinya akan lebih cepat dan berkesan.. sesuai dengan usaha UiTM yang ingin mencapai taraf World Class University..

TETAPI jika bicara tentang ketuanan Melayu, UiTM adalah satu-satunya universiti tempat pelajar Melayu berteduh.. yuran yang murah, kemudahan yang disediakan untuk tujuan akademik, semuanya membantu orang Melayu untuk berjaya. keistimewaan ini hanya diperoleh orang Melayu.
yes, it sounds unfair.. but this country belongs to the Malays. of course all the special rights are given to the Malays.. take India, will the government of India give the special rights to English? this is what we have to accept.


sebab itu, apabila ada pihak yang mahu UiTM dibuka untuk golongan bukan bumiputera, pelajar UiTM jadi sensitif, jadi marah. kami tidak pernah mintak apa2.. cuma benteng terakhir ini jangan disentuh. bukan kami tidak pernah mengalah dengan bangsa lain.. apa yang kami tak beri? MRSM? Biasiswa JPA? SBP? sekarang UiTM pula? satu-satunya benda yang tinggal untuk Melayu daripada kerajaan. itu pun mahu dikongsi? bukan tidak ada IPTA untuk mereka. mereka boleh memilih UM, USM etc. sedangkan anak kecil pun tahu mempertahankan gula-gula daripada dirampas adik beradiknya... fikirkanlah

kadang-kadang kita perlu melihat sesuatu daripada banyak sudut. jangan kerana nak maju, nak berjaya, bangsa sendiri digadai.

kepada pelajar UiTM... ya, ramai orang kata kita ini boneka mainan orang politik. biarkan. dahulu orang kata kita tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling kerana kita disekat oleh Akta Universiti. orang mengutuk kita yang bagai ikan emas di dalam balang kaca.. nampak apa yang berlaku, tapi tidak mampu buat apa2. sekarang kita bersuara, orang pertikaikan kenapa kita boleh bersuara. kalau selamanya ikut cakap orang.. memang tak ke mana..
kita sudah demo, kita sudah berjaya tunjuk yang kita peka akan isu semasa. kita tidak biarkan kekangan Akta Universiti menghalang kita memberitahu kerajaan apa yang kita mahu.. kita sudah buktikan kepada semua yang kita mampu bersuara secara aman. tunjukkan kepada mereka yang fanatik politik, suara itu mampu dilontar secara aman. tidak perlu demo bakar2 barang, kita masih boleh bantah.

kepada orang awam.. jangan terkejut kami tidak dikenakan tindakan. kami bukan bantah, merusuh, merosakkan harta benda orang lain. kami berarak secara aman, menyanyikan lagu UiTM. kami bantah dengan cara kami sendiri. dulu kami diam, kamu tidak puas hati. sekarang kami sudah bersuara, sepatutnya kamu bangga, anak bangsa kamu tidak duduk diam sahaja. jangan kutuk kami, sebaliknya sokonglah kami sebagai pejuang hak, mengekalkan apa yang lama kita kecapi. kamu mungkin tidak terasa apa2, kamu mampu hantar anak2 ke IPTA. kami yang bergantung pada UiTM..
tentunya kami yang terasa. ibarat kami yang makan roti, kamu makan nasi. bila roti dikerat diberi pada orang lain, kamu yang makan nasi hanya mengutuk kami tidak mahu berkongsi. kami mohon kamu faham..

Wallahu'alam.

Monday, August 18, 2008

UiTM Di Hatiku

Demo pelajar UiTM: Keprihatinan yang mengundang kecurigaan
Ahmad Tajdid Sat Aug 16, 08 2:45:54 pm MYT

Sebagai bekas pelajar UiTM, penulis sebenarnya terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa 5000 pelajar UiTM Shah Alam telah mengadakan unjuk rasa dan berarak sejauh 3 kilometer ke Bangunan SUK, Selangor, 12 Ogos lalu semata-mata untuk membantah kenyataan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setelah menghabiskan sebahagian usia remaja di UiTM dan berkecimpung dalam gerakan pelajar di kampus, penulis memang masak dengan senario kampus UiTM termasuk mentaliti para pelajarnya.

Adalah sesuatu yang menghairankan apabila para pelajar UiTM yang begitu teruk dikongkong Jabatan Hal Ehwal Pelajar boleh begitu prihatin dengan isu semasa dan seterusnya berdemonstrasi dan berarak dalam jumlah yang ramai, sedangkan demonstrasi diharamkan pentadbir UiTM dan ada kalangan pelajarnya yang dihukum dan disingkirkan kerana terlibat dengan demonstrasi.

Kongkongan HEP terhadap aktiviti pelajar juga mengakibatkan pelajar institusi Bumiputera itu tidak peka dengan isu semasa yang melingkari mereka. Jika ada diskusi intelek atau ceramah ilmiah yang dianjurkan, kehadiran pelajar (jika tanpa paksa) boleh dikira dengan jari. Keadaan ini berubah jika program hiburan ataupun konsert diadakan apabila ribuan pelajar akan hadir dan menunggu sehingga program tamat.

Kita tidak menolak kemungkinan bahawa unjuk rasa ribuan pelajar UiTM ini digerakkan oleh 'orang atasan' institusi itu. Pastinya pelajar yang sudah sebati dibelenggu Akta dan ditanam budaya takut untuk menyuarakan pandangan tentang politik dan isu semasa tidak berani berarak di jalan raya tanpa perkenan dan galakan pentadbir UiTM sendiri.

Jika tidak, mana mungkin unjuk rasa diadakan di hampir seluruh kampus UiTM seluruh negara termasuk cawangan Permatang Pauh (Pulau Pinang), Seri Iskandar (Perak), Arau (Perlis), Bandar Jengka (Pahang), Lendu (Melaka), Sungai Petani (Kedah), Kuala Terengganu (Terengganu) dan cawangan Machang (Kelantan).

'Histeria' yang melanda ini berpunca daripada cadangan Abdul Khalid agar UiTM membuka 10 peratus pengambilan kepada pelajar bukan bumiputera. Langkah ini, jelas beliau penting untuk meningkatkan daya saing pelajar dan mutu universiti awam bumiputera itu.

Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Seperti kata Profesor Emiritus Khoo Kay Kim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, cadangan pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN beberapa tahun lalu. Malah UiTM sendiri, kata Khoo telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera.

Mustahil bagi Naib Canselor UiTM, Dato' Seri Ibrahim Abu Shah tidak mengetahuinya ataupun sengaja menyembunyikan fakta itu untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu.

Manipulasi isu ini juga sebenarnya memalukan warga UiTM keseluruhannya - pelajar dan bekas pelajar. Kenapa? Kerana Abdul Khalid bukanlah orang yang mempunyai autoriti terhadap UiTM. Memang benar kampus induk UiTM terletak di Shah Alam, tetapi institusi itu berada di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi dan bukannya kerajaan negeri Selangor.
Apa jua kenyataan yang keluar daripada mulut Abdul Khalid tentang UiTM tidak punyai sebarang kesan kerana beliau bukan seorang yang berautoriti.

Pandangan Abdul Khalid juga sepatutnya dibahaskan secara akademik kerana itulah budaya yang harus dilaksanakan oleh sebuah IPTA; bukannya mendorong warganya beremosi dan bersentimen tanpa sebab yang wajar.

Membela hak Melayu? Tidakkah Ibrahim Abu Shah menyedari bahawa banyak isu lain berhubung hak Melayu yang sepatutnya diperjuangkan golongan 'nasionalis totok' seperti beliau. Bagaimana dengan dasar kerajaan BN yang membuka 10 peratus pengambilan Maktab Rendah Sains MARA kepada bukan Bumiputera? Bagaimana pula kuota biasiswa 55-45 bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Jika Ibrahim benar-benar merasakan Abdul Khalid perlu memohon maaf; beliau terlebih dahulu perlu melakukan perkara serupa kerana telah pun melaksanakan idea Abdul Khalid beberapa tahun lalu seperti dinyatakan Prof Khoo Kay Kim.

Ibrahim juga dilapor menyifatkan Abdul Khalid sebagai cetek pemikiran kerana sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai UiTM sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Tidak sedarkah Ibrahim bahawa beliau juga berfikiran cetek kerana mendakwa tidak melihat sebarang perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sepanjang 100 hari memerintah negeri seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau perlu menyedari bahawa walau bagaimana 'hebatnya' pencapaian UiTM, institusi itu masih tidak termasuk dalam ranking utama universiti dunia oleh mana-mana badan penarafan antarabangsa. Sehubungan itu, masih banyak ruang untuk memperbaiki UiTM sebagai universiti khusus Bumiputera. Teguran Abdul Khalid perlu dilihat sebagai cabaran dan bukannya penghinaan oleh warga UiTM.

Memang Ibrahim antara peneraju UiTM yang paling menonjol berpolitik. Tidak seperti Pengarah dan Naib Canselor ITM dan UiTM sebelumnya, Ibrahim lebih suka mengeluarkan pandangan memihak dalam sebarang isu. Sentimennya kepada parti-parti pembangkang termasuk PAS amat tebal berbanding sifat lunaknya kepada dasar-dasar BN.

Oleh kerana itulah, beliau tidak menentang keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk membuka UiTM kepada pelajar-pelajar bukan Bumiputera tetapi melompat setinggi langit apabila cadangan serupa dibuat Tan Sri Abdul Khalid.

UiTM sebenarnya memerlukan peneraju baru untuk terus unggul sebagai institusi melatih profesional Bumiputera. Individu seperti Almarhum Prof Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid perlu dicari untuk melonjakkan imej dan kredibiliti UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa. Almarhum ialah seorang nasionalis tulen yang benar-benar memperjuangkan kepentingan Melayu tanpa menghiraukan batasan politik. Para pelajar ITM era 80-an dapat merasakan semangat kental Pak Nik dalam mengangkat martabat ITM sebagai institusi unggul Melayu-Bumiputera.

Di majlis-majlis perhimpunan pelajar ITM, Pak Nik tidak segan silu mengkritik sebahagian ahli-ahli politik Melayu yang dianggapnya mengabaikan kepentingan bangsa kerana asyik bertelagah sesama sendiri, dan sanggup berdiri gagah menyanggah sesiapa saja termasuk pemimpin parti komponen BN yang mengancam kepentingan dan hak Bumiputera.

"MCA agaknya nak orang Melayu semua mampus baru mereka puas hati," kata-kata Pak Nik mengkritik Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee KIm Sai di majlis perasmian minggu silaturrahim ITM Cawangan Perlis masih terngiang-ngiang di telinga penulis walapun ia berlaku lebih 22 tahun lalu. Dan janganlah pula cadangan ini dijadikan alasan untuk para pelajar UiTM dihasut sekali lagi untuk berdemonstrasi.- tajdid _

Sarah Says: at least, kami berjaya buktikan uitm students ni masih ber"taring". this is not a matter of khalid ibrahim has the authority to change anything, but this is about whether malays are brave enough to step forward and tell people what we think.. to ensure our rights remaining ours.

anyway, of course nobody said anything about the demo. we're doing the right thing. the demo is under the MPP, with permission from uitm. the university act only defined "illegal demo" as sumtin to do with political things so the "perhimpunan uitm di hatiku" is LEGAL. not just with the fact that it was done WITH permission, it was also legal because we were fighting for what is right.

unlike some people who came out with the idea of intergration just because he is against the party which always ensure malays to get what they deserve..

Menteri Besar Selangor sekarang nk menyedarkan pelajar UiTM supaya tidak sahaja fokus pada kuota kemasukan, tetapi menumpukan perhatian juga terhadap peningkatan kualiti pendidikan.

Demo tempoh hari bukan lah untuk menyekat kemasukan 10% itu sahaja, namun untuk menyedarkan orang Melayu yang kuasa kita di tanah sendiri sudah hampir sahaja hilang gara-gara kesilapan kerajaan kita sendiri. Demo itu bukan sekadar bantahan kepada lontaran idea Menteri Besar tetapi juga untuk memberitahu awam yang kami pelajar UiTM tidak sahaja bersenang2 mengecapi segala kemudahan di sini.

Kami sedar akan keistimewaan yang kami nikmati dan justeru itu amat sensitif apabila ada anasir yang bakal membuat kami hilang apa yang sudah kami pegang sekian lama..

Atau mungkin juga pihak atasan sekarang ingin mengalih fokus terhadap kesilapan bicara mereka dan sekarang menyuruh kami menumpukan terhadap peningkatan kualiti supaya masyarakat yang senang dipengaruhi akan mengutuk pelajar UiTM yang menentang habis habisan dengan tuduhan kami hanya sibuk berbahas tentang keistimewaan yang diura-urakan ditarik balik tanpa peduli tentang kualiti..? Hmm..

Dear public, kami sedar akan segala keistimewaan itu, kami sedar akan masalah sosial yang membebani imej UiTM, kami juga sedar kualiti produk UiTM sedang dipertikaikan.. Namun jangan sekat kebebasan kami mempertahankan hak kami sebagai pelajar UiTM. Kami ada hak bersuara kerana ini tempat kami berteduh sekian lama. Jangan hanya melihat tindakan ini sebagai mempertahankan UITM tetapi lihatlah tindakan ini sebagai mempertahankan HAK MELAYU juga.

Jangan juga pertikaikan kenapa pihak Hal Ehwal Pelajar tidak menyekat demo ini. Kami bantah secara aman, menyanyikan lagu UiTM sebagai pembakar semangat. Kami tidak berarak sambil membawa api atau barang2 tajam. Kami buat secara professional. Sedangkan peraturan itu dibuat oleh manusia, manusia juga lah yang bisa memberi ruang apabila peraturan itu tidak diikut sekali sekala..

Berbanggalah kerana kami berani bersuara dalam kekangan Akta Universiti dan Peraturan UiTM sendiri. Kami bantah secara aman, menghormati keamanan masyarakat. Lalu kami mohon masyarakat memahami.. Wallahualam.

ma new blog

YES! akhirnya aku ada masa nak customize blog baru.. aku dah penat blogging kat friendster.. terhad sangat tempat. huh! lagipun tak ada gadgets nk bagi blog cantik. hehe. image is everything in communication you know! this blog is named "Chalkboard" because i really miss writing on chalkboards. now the schools have changed to whiteboards using marker pen.. huhu.

anyway, i am now pursuing for my degree in Mass Communication, majoring inBroadcsting. i have done my Diploma in Tourism Management and somehow decided to change my field of study, since i speak well and have passion in writing. it's not that i don't want to be in tourism industry at all.. i just want to bring my life to another available path.. you know, so i will have more skills, to vary my point of view towards life. YES i need another point of view in life. a point of view as somebody expressive. hm..

i went to Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam for Jom Cari Foto! last Saturday. had so much fun. my classmate Ila and I had to walk around finding a symbol of the uniqueness of Taman Pertanian. Unique? speaking of unique, there is nothing left there, seriously. i think the management has failed to bring people to taman pertanian and thus they don't have reasons to invest in the maintenance.. huhu. but let's hope after Jom Cari Foto people would recognize the place and come to support.. time to go! i'll touch on Perhimpunan UiTM di Hatiku organized by beloved and respected MPP in the next post. cheers!