Tuesday, September 30, 2008

last day of Puasa..

30 Ramadhan 1429.. tomorrow's Hari Raya. yeay! this Ramadan has been a memorable one. tahun pertama berpuasa di Shah Alam, dekat dengan rumah, walaupun tak selalu balik, tapi tahun ni lah yang aku tak rasa depressed sangat. in the previous years I was in Penang. tak boleh bayangkan the depression. jauh, fikir tiket nak balik, fikir tiket mahal or paling teruk, tiket habis. but Abah always make it easy for me. "Jangan risau.. Tiket habis, Abah jemput Kaklong." Thanks, Abah. You are always the best.

Tahun ni raya kat Negeri Sembilan dulu. Petang baru balik Perak. I don't mind. Mana-mana pun sama je as long as our family stay together. But Abah tak raya lama. Biasalah. Sekarang sesak sikit. Next year things will be better. EPF Abah keluar and he can rest at home. Sorry, Abah. Sepatutnya I dah boleh join Abah cari nafkah untuk keluarga. But this daughter of yours is an ambitious one. Diploma is not enough for her. She wants to be a girl with a Degree, get a high-salary job and that could not be achieved with only a Diploma. So be patient for another few years, aite?

After Raya, my life will be packed with tons of assignments. Mati la I.. Huhu. Banyak tak settle lagi nih. Takpe.. Buat slow2. I have my time and tasks planned carefully so I don't have to worry about not having enough time. But I will face problems with the quality because maybe tak sempat nak proof read the project papers. huhuu..

Selamat Hari Raya!

Friday, September 26, 2008

alhamdulillah..

26 Ramadhan.. haih.. dah nk raya dah ni. rasa macam kejap sangat. sejak akhir2 ni semua urusan dipermudahkan TUHAN.. aku ada speech presentation semalam, kul 10.30 am. tapi until 2am aku masih tak dapat tajuk. i wanted to talk about autisme because i love kids. but informatice speech needs credibility. i don't think i'm credible to talk about something like that. i mean, autisme must be explained from medical point of view. it is very hard for me to do so because my research is only based on reading.
2am, i was still at the wireless spot at melati. amik kau. dah berapa hari aku tak cukup tidur. macam nk tercabut mata ni ha. then i tried browsing for good topics for informative speech. i came across something familiar, something i like.. i came across the word COLOR BLINDNESS. huhu. i have friends who are color blind, so i know a little bit about the topic. so there i was, searching for information and quickly write down the speech. by 4.37 am, i was done. yeay!
betapa susahnya aku mencari topik yang bagus.. haih.. naper la tak terfikir awal2. the speech wasn't so organized la sebab last minute change. then slides pulak buat hal. aduih.. i texted tuan haji telling that i will be late then worked on the slides. aku ni boleh diharap jugak rupanya eh. tapi memang sangat kelam kabut lah. huhu. i got 86% anyway. good enough for a speech without proper preparation. okay lah.. macam kata hanim.. kalau dah biasa, last minute pun okay. thanks to experiences i got masa diploma.
hehe. sekarang kat umah. esok dah kena start buat kuih raya.
cheers!

Friday, September 12, 2008

dah kat rumah...

12 ramadhan..
aku dah ada kat rumah. selepas 2 jam perjalanan from mcD seksyen 3, proceed to kg baru to get bubur lambuk, then balik umah.. best nye. esok sahur makan bubur lambuk lah! setelah 2 minggu ramadhan barulah aku dapat luangkan masa puasa di rumah. rindu betul. aku juga kena balik untuk yakinkan abah supaya beliau pinjamkan Perodua Kancil beliau yang sedang bercuti tu. sejak2 abah bawak teksi ni, Kancil tak jalan ke mana pun. mak ada Kelisa. haih.. kan bagus kalau bagi aku je. senang nak ke UFM. boleh dapat slot pagi. kalau tak, tak mahsyuk la duit.. huhu.

ramadhan ni, lebih banyak masa untuk kerja, lebih banyak assignment and research. aduss.. penat gilers. tapi senang lah sebab tak payah nak fikir pasal makan. cuma kena stop untuk solat jer. hahah. assignment bertimbun2. kadang2 bila luangkan masa tak timbul pulak idea. malam2 buta masa sahur tu jugaklah masa yang ideal. assignment aku bukan macam orang lain. kena amik gambar, edit, recolour. dah tu, bila present, kena kutuk. tak ada composure lah, tak ada mood, tak ada feeling, semua benda tak kena. tak apalah, tuan haji.. saya terima seadanya kritikan tuan haji. saya harap saya boleh terus menimba ilmu sepanjang saya meluangkan masa di sisi tuan haji.

baru2 ni banyak benda yang mengelirukan. selalu dapat nightmare. haih.. i wonder when is this gonna end. i have no idea what those nightmares mean. mimpi masa ramadhan perlu jugak diambil kira, sebab jarang ada anasir2 negatif yang mempengaruhi mimpi2 tu. huhuu. entah la.

hari ahad ni nk kejar producer paling byk box office di zaman ini. susah sangat nk deal dengan PR dia yang sangat kerek. baik aku kejar je tuan punya badan. huh.. lebih sudu daripada kuah pulak si PR ni. takpe2. u dunno who you are dealing with. nntkan kejutan untuk anda pada hari isnin!

balik rumah...

hari ni lepas berbuka puasa nk balik rumah...
:)

Wednesday, September 10, 2008

saat wireless mengada2..

hah, betul lah title tu. wireless kat uitm ni memang mengada2. kejap ada, kejap tak ada.. sabar je lah diriku ini yang berpuasa.. harap2 esok okay lah. minggu ni je dah dua kali putus elektrik. bukan lampu kipas, tapi power supply utk laptop and table lamp.. haih.. bengang lah. sudah la semalam nk buat slides for today's presentation. nasib baik lah ameer datang bawak laptop.. huhu. sayang ameer!

so berjaya lah buat slides dengan jayanya. slides kitorang pun simple jer. kalau tak nnt audience dok baca tulisan kat slides, apa yg kita present satu habuk pun diorang tak dengar. ni tips tuan haji shafiee yg macho tu lah. speaking about hj shafiee.. haih.. nape lah tak ada orang yang macam tuan haji, sebaya saya? kalau ada mesti dah admire gila2. sempoi, berpendirian, berani. fuh! macam describe super hero pulak!

anyway, the presentation was fine. we were presenting about HOMOSEXUAL. fuh.. berkobar2 je present tadi, tapi sayangnya the presentation was only for 20 minutes. terlebih sikit terus kena sound. hehe. alah, bukan tak biasa kena sound! hurm... apa lagi eh nk tulis ni. tadi macam byk jer benda nk cerita.
oops..! alarm dah bunyi. ini menandakan dah masuk BIRTHDAY ADUHA.. happy birthday, duha! semoga panjang umur, murah rezeki, dan mendapat jodoh yg baik serta dikurniakan anak2 soleh dan solehah..

lepas buat slides tu, i pun berkira2 nk balik kolej lah. masa tu dalam pukul 10.30.. gate kolej melati tu tutup pukul 11. so kira elok2 je lah masa tu. tiba2 boleh pulak pak guard tu tutup gate awal.. ya TUHAN... macamana aku nk masuk?? nk pegi gate depan tu.. alahai... bercinta la nk jalan. jauhnya bukan main. so aku dengan nekadnya memanjat pagar kolej...

"the rule has made me a bad girl.."

haha...

Friday, September 5, 2008

sign if you love animals!

http://www.animalsmatter.org/

sign this petition to show how much u care bout animals..

Bila restu tidak mengiringi..

I just spoke about this topic with a close friend. She has a problem; her mother does not like her boyfriend. Enough that she refuse to even see the guy, she also say bad things about the guy, cursing the relationship to the worst and even tell the girl that everything between them is not gonna work. It's not her mother's fault, anyway. There are many reasons why she is acting that way:

  1. The guy has no proper job and has no proper education
  2. A few busybody makciks have been talking bad about the guy to her mother and they even created stories which are not true
  3. The girl is the first daughter, so… you get what I mean aite? She is being protective, I guess.

But she should have met the guy first before making any judgments. Masalahnya sekarang mak beliau tak mau tengok pun muka that guy… aiyo… okay. I know when you see the first reason you might say that the mother is doing the right thing. Honestly, I had the same feeling too when I heard that the guy has no high education. I mean, my friend is highly educated and she is pretty. I always thought she would end up with somebody better. But I was wrong. TOTALLY wrong. I know I was wrong when I first met the guy.

Well, he's not that great anyway. But seeing my friend so happy with him means so much to me. He cares about my friend so much. He is willing to do anything for her. He even ignored the curse and the ill-behaved mom and continuing loving her. I cannot guarantee they would lead a good life, in terms of money, in the future… but I can assure that my friend would be the happiest woman to have somebody loving her that way. I'm hoping only for the best for you, girl. I wish you every happiness..

Yang lain kamu nilai sendiri..

Monday, September 1, 2008

hari pertama ramadhan...

sepatutnya aku dah balik asrama ni.. tapi abahku itu nak aku buka puasa kat umah hari ni. ye lah, hari pertama puasa kan..? sejak akhir-akhir ni abah memang sentimental sket. hahah. orang tua lah katakan.. tak kisah lah. tapi mungkin interview hari ni kena delay sket. tengoklah camana.

keputusan biasiswa JPA dah kluar.. tapi aku tak dapat.. aku pun tak tau kenapa. CGPA aku cukup. even budak yg CG lagi rendah pun dapat. mungkin sebab aku tukar course.. haih.. aku pun tak tau lah. tapi aku memang dah agak. bila tukar course, tak ada specialization. lagipun course yang aku amik sekarang ni tak banyak sangat peluang berkhidmat utk kerajaan. kalo aku amik PR, mungkinlah.

tapi aku tak sedih pun. dari awal aku memang percaya, DIA dah susun semua untuk aku. memang dari dulu aku ikut saja apa yang DIA lorongkan. kalau nak diikutkan, hidup aku sentiasa mengikut keadaan. keputusanku banyak dipengaruhi faktor orang sekeliling dan keadaan semasa keputusan itu dibuat. bukanlah juga aku ni banyak dipaksa. maybe i'm just not the type that can make my own decision. so orang keliling banyak decide on my behalf.

anyway.. happy ramadhan everybody! selamat berpuasa.. semoga ramadhan kali ini menjadi noktah bagi tabiat yang buruk dan memulakan tabiat baik. aku banyak berazam ramadhan ni. saksinya adik ipar tak jadiku, Masitah Samsudin. hehe. mas, kau ingatkan aku tau! aku ni jahat, mulut ringan je mengumpat, menyindir orang. kalau nk timbang dosa anggota badan, aku rasa mulut aku ni ha yang paling berat. ye lah, aku ni jenis tak bole tengok orang berlagak, orang malas2. laser je aku menyindir. tak main la simpan2, bermuka2.. hipokrit. tapi memang tak bagus lah. sebab tu aku selalu ingatkan diri aku.. "it's not what we do, but how we make people feel"..

jadi aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua orang yang pernah aku sakiti.. mana2 yang tercakap, tersindir, tersentuh, tersinggung.. aku hanyalah manusia biasa.. semoga ramadhan kali ini membentuk peribadiku ke arah yang lebih baik.. aminn.