Tuesday, December 1, 2009

pakcik...

teringat kisah kawan abah
yang mengadu sakit kulit
dia bisik

"aku gatal2 kat pangkal peha laa. camana?
recommend klinik yang bagus!"


abah bisik balik

"kau pergi yang kat pekan tu.
doktor tu kawan aku!"


jadi pakcik pun pergi lah...
menunggu lama. ramai betul orang.
betul laa kawan aku cakap. doktor ni bagus.

tiba giliran pakcik.
nurse yang panggil tu, manis sangat.
pakcik senyum je. tak boleh lebih2.
makcik kat rumah sentiasa di hati.

pakcik duduk.
doktor ni sebaya aku je.
tak laa segan sangat.


"sakit apa?"

"gatal2 kat pangkal peha"

"ohh.. ruam ka? bagi tengok"


pakcik pun lucutkan seluar dan duduk semula.
doktor pakai cermin mata, tunduk.
tiba-tiba...

"ADUH!!"

pakcik dan doktor terjerit.
pakcik pegang kepala.
doktor pegang kepala juga.

*terdiam beberapa saat*

"awak ni... tak payah laa tengok..
biar saya saja yang tengok..
kan dah terhantuk..."

lama betul, rupanya...

lama betul rupanya aku tak blogging.
aku perasan aku macam dah lama tak blogging bila
aku tercari2 butang HOME kat blog kawan aku.
ya ALLAH... Sarah, apa dah jadi ni?
kenapa macam dah tak ada benda nak share?

bukan tak ada benda nak share sebenarnya
tapi
semester ni banyak benda yang berubah
manusia sekeliling mula menunjukkan belang
macam mula rasa terancam dengan kehadiran masing2
mana pergi persahabatan kamu yang dicanang?

satu benda yang aku pasti
sendiri itu lebih baik

Monday, October 5, 2009

confidence itu penting 1

mr.S: kalau number kereta start dengan W, tu kereta wilayah kan?
sarah: yeps.
mr.S: kalau A?
sarah: Perak. camni lah. K for Kedah. D for Kelantan. J for Johor. C for Pahang. R for Perlis. P for Penang. M for Melaka. N for Negeri Sembilan.
mr.S: i see. senang la nak detect kan?
sarah: ye lah.
mr.S: kalau B?
sarah: Bukit Beruntung.
mr.S: oh, really?
sarah: yeah. the developer of Bukit Beruntung actually bought the full list of vehicle registration number starting with B for the exclusivity. B is strictly for the vehicle owners who live in Bukit Beruntung.
mr.S: ohh la kisahnye...
sarah: tu lah. Abah ngan Mak punya kereta pun sumer start dengan B
mr.S: they seriously did that?
sarah: tak lah. i tipu je. B is for Selangor. pandai tak i buat cerita?
mr.S: (terkesima) pandai.... pandai sangat....
note: mr.S is my fren from Singapore....

sorry, saya tidak romantik

tempat: side walk cafe

guy: you're pretty, you know?
sarah: haha. yeah right. you always know how to make me feel good, aren't you?
guy: no, really. you're pretty.
sarah: i guess you've been blinded.
guy: really? then i'd rather be blind forever.
sarah: okay. come, let me poke your eyes.
guy: ???

Saturday, September 26, 2009

kesal

aku sanggup bayar dengan nyawaku
untuk kesal itu terhapus
agar tidak lagi terasa noda dosa
menyelaputi kalbu, menyesakkan nafasku

aku sanggup pusing satu dunia
menanam bunga bakti
untuk kesal itu terhapus
agar tidak terasa kotor seluruh anggotaku
menampung berat beban di bahuku

namun amat mustahil
untuk kesal itu terhapus
walau saat DIA mengampuniku
aku sendiri mencela kecelakaanku

Tuesday, August 11, 2009

Curry-puff Culprit

Cerita Mak
Technician tu datang rumah nak pasang kipas.
Pemalu sungguh orangnya. Diam je.
Pagi-pagi dah datang. Anak dara aku pun belum bangun lagi.
Pandai pulak tu berlari2 masuk bilik air.
Malu la tu.

Pukul 11.
Apa nak hidang ni? Malas pulak nak masak.
Goreng KARIPAP je lah.
"Jemput makan. Nanti sejuk. Kuih je,"
"Terima kasih kak.." Tersipu2.

Lepas 10 minit, baru luak dua. Haih.
Budak ni... Air pun tak minum.
Kenapa laa pemalu sangat?
Tak tercekik ke... Minum laa air tu.
*geleng kepala*



(Cerita Abah)
Hari ni ada orang datang pasang kipas.
Kipas dinding yang untuk ruang tuisyen depan rumah tu.
Haih. Isteri usahawan lah katakan.
Baik EPF keluar, semua benda nak upgrade.
Sapa tak sayang isteri oi.... :)

Pagi betul budak technician ni sampai. Tak sarapan ke?
Eh.. Apasal anak dara aku sorang ni berlari2?
Haha... Malu la tu. Baru bangun.
Biasa ni.. Tido lepas subuh.

Pukul 11. Isteri comelku goreng KARIPAP.
Dia susun cantik2 dalam pinggan, hidang dengan air teh.
*senyum*

Masa hidang, budak technician tu masih atas tangga.
Angguk2 je bila dijemput makan. Haha.
Pemalu budak ni. Cakap pun slow. Sejuk hati.

*Lalu kat ruang tamu*
"Aih.. tak makan lagi? Tak lapar ke? Dah tengahari ni."
"Jemput laa makan..."

Dia senyum je. Jangan malu weh. Nanti perut lapar.

*Lalu lagi kat ruang tamu*
Dia ni malu sangat agaknya. Takpe lah. Biar aku rasmikan.
*Ambik satu*

*Lalu lagi kat ruang tamu*
"Hisy.... Kenapa tak dimakan? Dah nak sejuk ni."
*Ambik lagi satu*

(Cerita Selanjutnya)
Sarah: "Mak, Abah, pemalu sungguh Abang tu ye? Kita hidang KARIPAP tu lima... dia makan dua je. Air pun tak minum.."
Mak: "Ha'ah... Kesian. Mesti lapar"
Abah: "........"
Abang Technician: "Aku musykil. Bukan tadi KARIPAP ni ada lima ke?"

quick post

lama dah tak update blog ni. sorry, kawan2. sarah tersangat busy dan tak ada kemudahan. *sigh* semoga internet masuk minggu ni. that wud depends to my housemate bila nk pergi telekom and register lah. semester 3 is a bit hard. timetable tak ada laa padat, tapi kerja banyak leceh. yang penting, semua subjek sangat best! :) tapi semua kena rush2 sebab dah nak mula puasa.
*berdoa everything's gonna be okay*

Monday, August 3, 2009

T.R.U.S.T

saya salah kerana fikir saya boleh percaya kamu...

Sunday, June 28, 2009

Ayah sapa hebat?

Sekumpulan budak sedang berbual tentang kehebatan bapa sendiri.

A: Ayah aku drive laju... Bertolak dari KL pukul 8 pagi. Sampai Penang pukul 11.30 pagi.

B: Fuh! Berapa laju ayah kau bawak?

A: 200km/j. Biasa lah.... (bangga)

B: Tapi, abah aku lagi terror kot.

A: Ye?? Abah kau terror camana?

B: Abah aku abis kerja pukul 5.30 petang.
Tapi pukul 2.30 petang dah sampai rumah.

*wink!

Friday, June 26, 2009

Faith (Part 1)

Ini entri penanda chapter baru dalam hidupku. Ataupun aku berniat membuka buku yang baru? Everything happened too fast, I did not have time to prepare for it. Now that it has started, I just have to clear the messed I made in the previous chapter in this life of mine, to start fresh.

Maybe the decision to start a new chapter is something that is very surprising, especially to people who are close to me and know me well. Yeah, I am always known as somebody who is sensible and does not rush into things. And trust me, I am not rushing into this either. I simply made a quick decision to start this thing, based on guidance and signs from HIM.

Please don't question this, for I have no answer. The only reason for me to do this is because HE told me to proceed. I have been praying for this for so long. I have spent my whole life believing in my prayers so deeply that I did not sigh, although sometimes I would be asking myself on where did I go wrong to have to wait too long. While people around me seem to be getting their answers, I spent my whole life waiting for my prayers to be answered. And now that I have got the answer, I dun think it is wise to wait longer.

Be a good friend to me, I beg you. Do not question too much. Only I know what I have gone through. The whole experience was very magical, that I had to think many many times to believe it. I need you to stand beside me while I go through this, not to question me too much on what I have faith in, and slowly making me not believe in what I have faith in.

Faith...

(to be continued)

Tuesday, June 23, 2009

hari bosan seorang lepasan SPM

hari tu Sarah bengang. berpeluk tubuh kat sofa. marah sungguh.
sapa laa punya kerja ni? semak betul otak fikir.
haih~

Sarah bangun,
cari bawah sofa.
takde.
bawah meja?
takde.
haa. entah2 dalam bilik.
*tilam diterbalik secara ganas.*
takde jugak. huh~

selalunya benda tu tak pergi jauh..

nak tanya mak lah..
ehh mak mana?
loh. pergi umah makcik belakang kot. adehh. sapa nak tanya ni?
adik2 sekolah.

alaa.. Sarah urut2 kepala.
bosan laa gini.
tiada lagi berita terkini hiburan sensasi.
Sarah bosan! sapa punya angkara ni?

*telefon rumah bunyi*
sapa pulak call ni..
Sarah tarik nafas panjang.
angkat, buat2 suara ceria.

"Hello?"
"Kaklong. Buat apa?"
"Abah, Kaklong tak buat apa2"
"Tak tengok TV?"
"Tu lah masalahnya.."
"Sorry lah..
Abah terbawak remote control pergi kerja.
Nanti petang kita tengok TV ye?"

LOL

Monday, June 15, 2009

aku kini faham

aku kini faham
semenjak dulu aku hanya mendengar
keluh kesahmu
kau menghitung takdir
berharap boleh balik semula
ke satu waktu
yang hanya kamu tahu
kini aku berdiri di tempatmu
berharap untuk balik ke situ
resahku, sama dengan resahmu
kata-katamu berlagu
dalam mindaku; dan
sekiranya kau masih ingin pulang
khabarkan; kerana
aku kini faham


(O.M.. tolong saya!)

Mahfuzah


telefon rumah berbunyi. Sarah tengok jam. pukul 2 petang.
mesti Mahfuzah telefon ni. mintak jemput kat sekolah.
hee hee.


"hello?"
"hello kaklong.. ambik Pujah kat sekolah."
"ohh. alaa.. tapi lambat sikit eh. kitorang kat Rawang ni."
"laa.. okay2. takpe."
"Pujah?"
"Ha?"
"Kau telefon umah kan...
kalau aku kat Rawang, sapa yang angkat telefon ni?"
"...... kaklong!"

sorry, Mahfuzah. bila menganggur, kakak kau sengal sikit.

Saturday, June 13, 2009

Pak Lang yang saya ingati

Pak Lang yang saya ingati itu pendiam orangnya, tapi suka menyakat anak-anak buah.
dan gurauannya masih gagah di saat kanser semakin memakan diri.

Pak Lang yang saya ingati itu gigih orangnya, bekerja siang dan malam.
dan hasil titik peluhnya berdiri megah, kebanggaan kami semua.

Pak Lang yang saya ingati itu penyayang orangnya, walaupun sukar menunjukkan kasih.
dan sayangnya pada Mak Lang dizahirkan sejelasnya pada hari-hari terakhir hidupnya.

Pak Lang yang saya ingati itu sekarang dalam ingatan sahaja. takdir TUHAN.

"semakin kita sayang seseorang itu, ingatlah,
ALLAH menyayanginya lebih lagi"

Wednesday, June 10, 2009

tiada post?


Hello Readers.. (ahah. macam laa ramai benar yang baca.)

Sarah akan berhenti blogging sehingga 13th June 2009 bagi menghormati pemergian Pak Lang yang dikasihi pada Ahad lepas (7th June 2009) akibat barah pankreas dan hati. Terus terang, Sarah masih tidak bersedia menghadapi kenyataan lagi, kerana perginya beliau amat-amat tidak disangka dan terlalu mengejutkan seluruh kaum keluarga. 

Sarah amat rapat dengan Arwah.. Mohon sedikit masa mengeringkan air mata dan menguatkan hati. Berjumpa lagi di entri akan datang yang bakal bertajuk "in Memories of Pak Lang". 

Salam.
Al-Fatihah

Thursday, June 4, 2009

saYANG

"apa ni, yang!"
"ada apa, yang?"
"mintak beli berus kecik, yang beli besar!"
"ada dua la tu, yang.."
"mana, yang?"
"kat sarah ada satu, yang.."

sarah:  konpius sebentar.

Wednesday, June 3, 2009

Amin

dia Amin. dia tak kepoh seperti kakaknya.

tapi dia selalu berasa yang hidup ini tidak perlu sekompleks mana.
simple je. dia telus dan jujur.

pernah juga abang saudaranya menggelabah masa dia berkobar-kobar nak pergi tegur pakcik ni teguk beer.
"dia tu orang Islam la, Abang Ad.. mana boleh minum arak! Amin nak pergi cakap dengan dia."
"jangan, Amin. nanti dia marah kita." 
(aihh budak ni. karang kau dah kena lempang, aku jugak kena marah dengan abah kau)
nasib baik Amin membatalkan hasratnya.
tegang jugak urat leher dia tengok pakcik tu.
tapi tu dulu. masa tu Amin darjah 5. dia tak masuk darjah 4. sebab dia budak PTS.

petang tu Amin sibuk kat garaj.
tiba2 pakcik Azman balik. yeps. Azman Bin Mawi tu lah.
pakcik Man kerja kilang simen. balik petang.
bila balik, mesti la nak tengok wajah isteri dulu. buat penawar penat.
pakcik Man akan hon kat pagar rumah supaya isterinya datang bukakkan.
jadi, wajah isterinya adalah yang pertama dilihat apabila balik dari kerja.
ala.. manjanya. sungguh laa tali mesin.

itu teori kakak Amin la... sebab Amin pernah complain.
"kenapa pakcik tu tak bawak kunci sendiri? kesian makcik kena susah2 keluar bukak pagar."
haisy. biarlah dia. kakak Amin dah serik campur tangan hal jiran.

masa pakcik Man balik hari tu, seperti biasa, beliau hon kuat2.
hon motor kan agak lucu bunyinya... boleh bayangkan? haha.
tapi makcik tak keluar2. jadi, pakcik hon lagi.
Amin hilang fokus. lalu...

"baru balik ke, pakcik?"
"ha'ah.." 
pakcik Man senyum. tangan masih memicit hon. mana la isteriku ini...
"um.. pakcik?"
"ye?"
"pintu pagar tu tak kunci. pakcik boleh masuk sendiri."

Tuesday, June 2, 2009

Adam


Adam, 

saya selalu kagum dengan ibu kamu yang lincah ke sana ke mari menguruskan anak2. ibu kamu baik sangat. selalu bertanyakan pelajaran saya kalau terserempak masa saya menyapu kat luar. kami sembang panjang kalau berjumpa.

akhir-akhir ni ibu kamu tak seperti dirinya yang selalu. ibu kamu yang sebelum ini gagah ke hulu ke hilir; sekejap ke kebun, sekejap menguruskan adik beradik kamu, sekarang ibu kamu bagaikan hilang arah. ye, Adam. sejak kamu tiada.

mendengar nama kamu cukup membangkit kekesalan saya. saya yang selalunya tak sabar nak melawat kawan2 mak yang baru bersalin. masa kamu lahir, saya tak sempat lawat. sehinggalah berita kamu masuk ICU kerana jangkitan kuman sampai kepada saya. dan tiba-tiba kamu sudah tak ada.

ibu kamu bukan tidak pernah kehilangan, Adam. sebelum kamu sahaja sudah beberapa adik beradik kamu diambil TUHAN dalam keadaan pra-matang. tapi kehilangan kamu ini amat memberi kesan kepada ibu kamu. kenapa, ye? sesungguhnya saya tak faham, tapi satu perkara ini yang saya tahu; kasih ibu memang kuat. 

al-Fatihah untuk kamu, Adam.

Monday, June 1, 2009

Mona 1


Lokasi: Kelas 1 Cempaka
Tahun: 1994

nama dia Mona. dia kawan saya. pendiam. rambut lurus. selalu pakai pinafore.
saya teringin pakai pinafore juga. tapi mak selalu dah siapkan baju kurung. 

pernah masa saya buat Diploma kat Penang, saya tanya mak.
"kenapa kaklong tak pernah pakai pinafore?"
"sebenarnya, mak ada terfikir nk bagi kamu pakai pinafore masa sekolah rendah. tapi tiap2 tahun mak lupa.." (-.-")

berbalik pada cerita Mona. saya selalu rasa Mona sangat special. sebab nama dia sedap.
sebenarnya masa kecil saya selalu harap nama saya ada extension macam nama orang lain. 
Farah Ayu, Nurul Izzah Farhana.. 
saya? Maisarah
tiap2 kali perkenalkan diri, orang akan tanya. 
"Maisarah je?" huh. 

Nama Mona? Mona Lisa. hadoyai. memang tu lah nama yang paling saya suka. 
(that is, sebelum saya nampak potret Mona Lisa tu. I thought she was hot)

apa-apa pun, satu perkara yang saya tak boleh lupa adalah kad 001 Mona.
kat bahagian "cita-cita"

Pilihan 1 : Tukang Sapu
Pilihan 2 : Tukang Masak
Pilihan 3 :  saya dah lupa. mungkin sbb terlalu terkejut dengan pilihan 1 dan 2.

Mona, di mana sahaja kamu berada, saya ingat kamu sampai saya mati.

Saturday, May 30, 2009

sarah sengal part 2 (kisah yang diperbesar-besarkan)


hari Sabtu. 

"huh? dah pukul 7??"
budak tu ketuk pintu master bedroom.
"mak! mak!"
tak ada jawapan.

"weh, mana mak?"
budak tu tanya adiknya. adiknya angkat bahu.
huh. semua tak tahu. susah la gini.

"mak! mak!"
budak tu lari ke luar. mana tahu, mak tengah gembur tanah kat depan umah.
mak kan suka bercucuk tanam kat tanah kerajaan yang terhad seberang jalan tu.
aihh. takde. kacau! 

mana mak ni? dah pukul 7.05!
"mak! ooo... mak!"
budak tu masuk umah balik. 

tiba-tiba terdengar pinggan berlaga.
haa! mak kat dapur!
laju je budak tu lari.
ehh. bukan. tu abah basuh pinggan. huu~
kecewa.

"abah, mak mana?"
"kenapa?"
"alaa. mak mana?"
abah muncungkan mulut ke satu arah. ohh. mak dalam bilik air.
budak tu jadi riang.
terus meluru, ketuk2 pintu bilik air tanpa henti.

"mak! mak!"
"iye.. nape?! dari tadi panggil mak"
"cepat mak! bukak pintu ni!"
"jap2. dah nak siap ni! haih. apa saja la budak ni"

pintu bilik air terbuka. 
"ha, kenapa?"
"cepat, mak! 
SHIN CHAN dah start!"

"kau memang nak kena, kan?"

hee~

padan muka kau


dulu, masa sekolah kampung, ada sorang budak ni.
nama dia Ahmat Kamal Bin Zainuddin. 
(tak tau sapa buat kesalahan sengal eja Ahmat)

hobi utama dia: panggil orang guna nama ayah.
sangat kurang ajar yang terlampau.
"haa! ni dia anak Atan da sampai!"
"tu anak Tuah!" (merujuk kepada Laily, sepupu saya yang sama kelas)

kadang2 dia ejek saya dengan Laily practice taekwondo depan rumah nenek.
"woi Lely, Sarah! tak payah dok menumbuk2! tergelek2 je pinggang korang aku tengok!"
huh. biar lah. yang kau tengok belakang kitorang buat apa? pervert.
kau tu mandi sungai tak pakai apa2, ada kitorang bising?

sekali tu, masa kami daftar sekolah agama, Kamal bising lagi. tak tau la kenapa dia dengki sangat.
"korang masuk sekolah agama? susah wo.. kertas ujian dia tebal 100 mukasurat!"
ada je la kau.
"memang la kau rasa susah, sebab kau BODOH" selamba je ayat tu keluar.
Lely sep dengan saya. Gimme Five! haha.

pastu mula la dia sebut nama ayah balik.
tapi kami diam je. budak perempuan mesti baik.

satu hari, dia main2 nama ayah lagi.
saya agak mood tak baik hari tu.
lagipun mak dia baru marah adik saya, sebab adik dia ngadu adik saya mencarut.
padahal adik dia yang mulut tak boleh blah.

tengah dia sedap sebut nama Abah dan Pak Lang (abah Laily)
saya berkata perlahan, tapi clear didengar telinga capang dia tu.
"diam lah kau. anak Din Beramboi" (nama ayah dia kan Zainuddin)

Kamal : (nangis)

hahah. padan muka kau.
Dun Mess with Anak Encik Atan

Friday, May 29, 2009

sarah sengal part 1

tahun 2004, cuti sekolah.
hari tu, saya bangun awal.
lepas sarapan, saya sarung selipar, jalan2 kat depan rumah. bagi ikan makan. 
tiba2 rasa rajin. menyapu laman (ewah. laman apanye, rumah teres)
susun kasut... kemas2 lah apa yang patut. 

tiba2 terlihat kelibat seseorang yang saya kenali.
ABANG POSMEN ♥
dia senyum je. saya senyum juga. 
motor dia berhenti betul2 depan rumah saya. tangannya ligat mencari2 sesuatu dalam bakul motor. 
alah. surat la tu.

nah, satu stack surat dia bagi. mak ai.. banyak betul. orang rumah ni bukan ramai sangat. surat melambak. 
sambil masuk ke rumah, saya pun selak satu2 surat2 tu.

Atan Bin Derus
Atan Bin Derus
Atan Bin Derus.. heh, banyak betul surat Encik Atan.
Maisarah Binti Atan.. huh. bil Internet. 
Azman Bin Mawi...

ehh? 
Azman Bin Mawi
silap nih.

saya terus berlari keluar. 
tengok kanan, dia tak ada. 
tengok kiri... alamak, dia dah sampai hujung lorong.
"Abang!" dia tak dengar. 
saya tertunduk, penat. aduh. selipar lain sebelah. tapi surat ni... saya lari lagi.

"Abang!" kali ni lebih kuat. motor tu berhenti, agak jauh.
dia toleh. 
handsome la dia ni. jadi model la, awak... tak penat ke jadi posmen?
dia senyum tengok saya. 
adeih, mamat ni. saje je nak main2kan perasaan budak sekolah menengah.

"Surat ni.."
dia angkat kening.
"Abang salah hantar...
Ni surat jiran sebelah rumah saya."

kisah tali mesin


tali mesin? 
ahh.. setiap kali ada orang yang beralasan kelakar untuk buat sesuatu, mesti kami perli abah. 
"tali mesin, kan bah?" dan abah akan tersenyum segan je. 
sebab beliau lah pengasas kejadian "tali mesin" tu (-.-")

sebelum tu, mari kita definisikan "tali mesin"
sila lihat gambar di bawah. yang ditunjuk anak panah kuning tu lah "tali mesin"
fungsi tali tu.. OK OK. pernah tengok mesin jahit lama? yang guna kaki tu?
tali ni la yang connect pergerakan kaki dengan pergerakan jarum
so, bila kaki kita menggerakkan besi kat bawah tu, roda sebelah benang tu akan berpusing, dan jarum akan bergerak. :)


now, ramai yang tahu, mak saya sangat aktif menjahit. tak ada satu pun baju kurung atau kebaya atau kebarung saya yang dibeli. semua mak yang jahit. jadi, mesin jahit a.k.a sewing machine adalah satu harta mak yang paling disayangi.

suatu petang, pada tahun 1986, seorang lelaki membantu tunangnya berpindah rumah. 
anak dara tunangannya itu berkedai runcit di Kampung Keliang. tapi kerana sudah hampir tarikh perkahwinan, perniagaan tersebut di-take over oleh pakciknya. 
lagipun, dah nak kahwin kan... mesti lah lepas tu nak ikut cik Abang memulakan hidup baru. 

tunangnya kerja salesman... van sale, to be exact.
jadi dengan penuh kasih sayang, tunangnya itu menawarkan pertolongan untuk mengangkut mesin jahit itu ke rumah ibu bapanya di Tg Malim.. 
ditemani seorang lagi salesman yang agak2 sekepala, lalu mesin jahit itu diangkut naik van.


dalam perjalanan...
Member: lu nak hantar mesin jahit ni ke mana, bro?
Lelaki: balik rumah mak dia. nak dekat tarikh nikah ni, mak Ani suruh duduk rumah.
Member: lah. ye ke? habis dia tak jaga kedai dah?
Lelaki: tak.. dah Ani duduk rumah mak dia.
Member: hadoi. susah laa gini, bro! kalau dia duduk kedai, senang korang nak jumpa. nanti dah duduk kat kampung tu, lagi jarang la korang jumpa. orang kampung dia tu boleh tahan garang.
Lelaki: tu lah, bro. tunang tuuu. rindu la kalau tak jumpa.
Member: senang je, bro. lu jangan hantar semua. cabut la apa2 yang patut. nanti ada alasan lu nak masuk kampung, boleh jumpa.
Lelaki: hah? cabut apa?
Member: takpe2. nanti masa turunkan, kita tengok part mana2 yang boleh cabut.

oleh kerana tidak begitu tahu tentang mesin jahit, kedua-dua salesman tersebut hanya berani mencabut tali mesin itu sahaja.. hahaha~ minggu seterusnya, lelaki itu datang bertandang ke rumah tunangnya untuk memulangkan tali mesin yang "tercicir". 


Lelaki itu Abah
Anak Dara Manis tu Mak.
Salesman Licik tu Uncle Charlie :)


jadi, bila ada yang guna alasan yang agak2 tak masuk akal untuk buat sesuatu, kami akan sebut "tali mesin" dan itu cukup untuk masing2 senyum sendiri... :)