Saturday, May 30, 2009

sarah sengal part 2 (kisah yang diperbesar-besarkan)


hari Sabtu. 

"huh? dah pukul 7??"
budak tu ketuk pintu master bedroom.
"mak! mak!"
tak ada jawapan.

"weh, mana mak?"
budak tu tanya adiknya. adiknya angkat bahu.
huh. semua tak tahu. susah la gini.

"mak! mak!"
budak tu lari ke luar. mana tahu, mak tengah gembur tanah kat depan umah.
mak kan suka bercucuk tanam kat tanah kerajaan yang terhad seberang jalan tu.
aihh. takde. kacau! 

mana mak ni? dah pukul 7.05!
"mak! ooo... mak!"
budak tu masuk umah balik. 

tiba-tiba terdengar pinggan berlaga.
haa! mak kat dapur!
laju je budak tu lari.
ehh. bukan. tu abah basuh pinggan. huu~
kecewa.

"abah, mak mana?"
"kenapa?"
"alaa. mak mana?"
abah muncungkan mulut ke satu arah. ohh. mak dalam bilik air.
budak tu jadi riang.
terus meluru, ketuk2 pintu bilik air tanpa henti.

"mak! mak!"
"iye.. nape?! dari tadi panggil mak"
"cepat mak! bukak pintu ni!"
"jap2. dah nak siap ni! haih. apa saja la budak ni"

pintu bilik air terbuka. 
"ha, kenapa?"
"cepat, mak! 
SHIN CHAN dah start!"

"kau memang nak kena, kan?"

hee~

padan muka kau


dulu, masa sekolah kampung, ada sorang budak ni.
nama dia Ahmat Kamal Bin Zainuddin. 
(tak tau sapa buat kesalahan sengal eja Ahmat)

hobi utama dia: panggil orang guna nama ayah.
sangat kurang ajar yang terlampau.
"haa! ni dia anak Atan da sampai!"
"tu anak Tuah!" (merujuk kepada Laily, sepupu saya yang sama kelas)

kadang2 dia ejek saya dengan Laily practice taekwondo depan rumah nenek.
"woi Lely, Sarah! tak payah dok menumbuk2! tergelek2 je pinggang korang aku tengok!"
huh. biar lah. yang kau tengok belakang kitorang buat apa? pervert.
kau tu mandi sungai tak pakai apa2, ada kitorang bising?

sekali tu, masa kami daftar sekolah agama, Kamal bising lagi. tak tau la kenapa dia dengki sangat.
"korang masuk sekolah agama? susah wo.. kertas ujian dia tebal 100 mukasurat!"
ada je la kau.
"memang la kau rasa susah, sebab kau BODOH" selamba je ayat tu keluar.
Lely sep dengan saya. Gimme Five! haha.

pastu mula la dia sebut nama ayah balik.
tapi kami diam je. budak perempuan mesti baik.

satu hari, dia main2 nama ayah lagi.
saya agak mood tak baik hari tu.
lagipun mak dia baru marah adik saya, sebab adik dia ngadu adik saya mencarut.
padahal adik dia yang mulut tak boleh blah.

tengah dia sedap sebut nama Abah dan Pak Lang (abah Laily)
saya berkata perlahan, tapi clear didengar telinga capang dia tu.
"diam lah kau. anak Din Beramboi" (nama ayah dia kan Zainuddin)

Kamal : (nangis)

hahah. padan muka kau.
Dun Mess with Anak Encik Atan

Friday, May 29, 2009

sarah sengal part 1

tahun 2004, cuti sekolah.
hari tu, saya bangun awal.
lepas sarapan, saya sarung selipar, jalan2 kat depan rumah. bagi ikan makan. 
tiba2 rasa rajin. menyapu laman (ewah. laman apanye, rumah teres)
susun kasut... kemas2 lah apa yang patut. 

tiba2 terlihat kelibat seseorang yang saya kenali.
ABANG POSMEN ♥
dia senyum je. saya senyum juga. 
motor dia berhenti betul2 depan rumah saya. tangannya ligat mencari2 sesuatu dalam bakul motor. 
alah. surat la tu.

nah, satu stack surat dia bagi. mak ai.. banyak betul. orang rumah ni bukan ramai sangat. surat melambak. 
sambil masuk ke rumah, saya pun selak satu2 surat2 tu.

Atan Bin Derus
Atan Bin Derus
Atan Bin Derus.. heh, banyak betul surat Encik Atan.
Maisarah Binti Atan.. huh. bil Internet. 
Azman Bin Mawi...

ehh? 
Azman Bin Mawi
silap nih.

saya terus berlari keluar. 
tengok kanan, dia tak ada. 
tengok kiri... alamak, dia dah sampai hujung lorong.
"Abang!" dia tak dengar. 
saya tertunduk, penat. aduh. selipar lain sebelah. tapi surat ni... saya lari lagi.

"Abang!" kali ni lebih kuat. motor tu berhenti, agak jauh.
dia toleh. 
handsome la dia ni. jadi model la, awak... tak penat ke jadi posmen?
dia senyum tengok saya. 
adeih, mamat ni. saje je nak main2kan perasaan budak sekolah menengah.

"Surat ni.."
dia angkat kening.
"Abang salah hantar...
Ni surat jiran sebelah rumah saya."

kisah tali mesin


tali mesin? 
ahh.. setiap kali ada orang yang beralasan kelakar untuk buat sesuatu, mesti kami perli abah. 
"tali mesin, kan bah?" dan abah akan tersenyum segan je. 
sebab beliau lah pengasas kejadian "tali mesin" tu (-.-")

sebelum tu, mari kita definisikan "tali mesin"
sila lihat gambar di bawah. yang ditunjuk anak panah kuning tu lah "tali mesin"
fungsi tali tu.. OK OK. pernah tengok mesin jahit lama? yang guna kaki tu?
tali ni la yang connect pergerakan kaki dengan pergerakan jarum
so, bila kaki kita menggerakkan besi kat bawah tu, roda sebelah benang tu akan berpusing, dan jarum akan bergerak. :)


now, ramai yang tahu, mak saya sangat aktif menjahit. tak ada satu pun baju kurung atau kebaya atau kebarung saya yang dibeli. semua mak yang jahit. jadi, mesin jahit a.k.a sewing machine adalah satu harta mak yang paling disayangi.

suatu petang, pada tahun 1986, seorang lelaki membantu tunangnya berpindah rumah. 
anak dara tunangannya itu berkedai runcit di Kampung Keliang. tapi kerana sudah hampir tarikh perkahwinan, perniagaan tersebut di-take over oleh pakciknya. 
lagipun, dah nak kahwin kan... mesti lah lepas tu nak ikut cik Abang memulakan hidup baru. 

tunangnya kerja salesman... van sale, to be exact.
jadi dengan penuh kasih sayang, tunangnya itu menawarkan pertolongan untuk mengangkut mesin jahit itu ke rumah ibu bapanya di Tg Malim.. 
ditemani seorang lagi salesman yang agak2 sekepala, lalu mesin jahit itu diangkut naik van.


dalam perjalanan...
Member: lu nak hantar mesin jahit ni ke mana, bro?
Lelaki: balik rumah mak dia. nak dekat tarikh nikah ni, mak Ani suruh duduk rumah.
Member: lah. ye ke? habis dia tak jaga kedai dah?
Lelaki: tak.. dah Ani duduk rumah mak dia.
Member: hadoi. susah laa gini, bro! kalau dia duduk kedai, senang korang nak jumpa. nanti dah duduk kat kampung tu, lagi jarang la korang jumpa. orang kampung dia tu boleh tahan garang.
Lelaki: tu lah, bro. tunang tuuu. rindu la kalau tak jumpa.
Member: senang je, bro. lu jangan hantar semua. cabut la apa2 yang patut. nanti ada alasan lu nak masuk kampung, boleh jumpa.
Lelaki: hah? cabut apa?
Member: takpe2. nanti masa turunkan, kita tengok part mana2 yang boleh cabut.

oleh kerana tidak begitu tahu tentang mesin jahit, kedua-dua salesman tersebut hanya berani mencabut tali mesin itu sahaja.. hahaha~ minggu seterusnya, lelaki itu datang bertandang ke rumah tunangnya untuk memulangkan tali mesin yang "tercicir". 


Lelaki itu Abah
Anak Dara Manis tu Mak.
Salesman Licik tu Uncle Charlie :)


jadi, bila ada yang guna alasan yang agak2 tak masuk akal untuk buat sesuatu, kami akan sebut "tali mesin" dan itu cukup untuk masing2 senyum sendiri... :)

Thursday, May 28, 2009

kamu silap

kalau kamu fikir
kerana perkara remeh
aku akan berlalu
kamu silap

aku tidak serapuh pembaris plastik
yang kita guna dulu
untuk buat matematik
terhimpit, pecah
terbengkok, patah

aku lebih memandang diriku
sebagai ombak
saban hari menyapa pantai
mungkin ada hari2 pantai tak sudi
namun ombak datang juga
air laut menyapu lembut
pasir berselut

lalu jika kamu fikir
aku akan berlalu
kamu silap...

HAPPY HAPPY BIRTHDAY~


saya nak ucapkan kat mamat bawah ni...

AIDIL DULBAHRI

happy birthday!

Semoga panjang umur, murah rezeki, dipanjangkan jodoh dengan yang tersayang (Sara)
Semoga dapat maintain pointer, sentiasa dapat job ber-payment tinggi $$$.
Semoga sihat2 fizikal dan mental (penting!)
Semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan dalam hidup.

"Life's a war. Fight for it but dun forget to enjoy!"
(macam bagus je buat pepatah sendiri)


p.s: you still have my Wedding Photoshoot job, bro :P
and sorry, malas nk bukak laptop. so link gambar u yg kat facebook tu. ok la, hensem ape. haha~

frens forever... :)

kisah kamu

(dedicated to my best guy fren, O.M)

semalam
bukan kali pertama
kamu bicara resahmu
dan aku turut terpukul
dengan sakitmu

kelmarin
bukan kali pertama
kamu bicara tentang dia
kita jauh
namun aku bagai terlihat
senyum anak matamu
bahagia dengan ceritamu sendiri

hari ini
aku terfikir kamu
saat bangun dari lena
dan jika kamu berbicara resah lagi
akan aku ingatkan kamu
akan bicara kelmarin
bawa kamu ke tarikh bahagiamu
agar kamu ingat 
agar kamu faham
dan kamu tidak kesal lagi

untuk kamu, 
aku berdoa yang baik2 saja :)

Hari Berkemas

heh. kita gaduh ke semalam? entah. 
no yelling, no harsh words. so it was a SERIOUS DISCUSSION, i wud say.
tp yang penting, pagi ni kita dah OK :)
(dun u ever call me THAT again. nnt saya tak mau cakap dengan awak lagi)

semalam streamyx buat hal. rasanya ada sikit problem dengan wiring sebab Encik Atan yang saya sayangi pasang kipas baru semalam. ohh.. biasa lah. rumah ni penuh dengan wayar berselirat, hasil kerja tangan previous owner yang sangat berbakat semulajadi. habis segala benda dia buat extra wiring.

tiba2 lampu padam. asal on kipas je, lampu padam. bukan lampu je ye. satu rumah bergelap. then tiba2 Internet pun tak boleh guna. damn. 
haha~ pastu panggil balik wireman tu and called 100, everything is fine again. 

hari ni Hari Berkemas. lelaki Cina yang tak berapa tinggi tu nak datang pasang built-in wardrobe. ngee~ saya suka! the best part is, saya yang design wardrobe itu. hehe. alah, i just planned nak letak berapa drawer and the partitions je. big deal, Maisarah. (-.-")

pas ni, kalau Mahfuzah Atan sepah2 barang lagi, saya kurung beliau dalam almari tu sampai beliau menyesal. huh.

Tuesday, May 26, 2009

saya pernah...

hey2. saya tau kamu benci subjek2 itu.
ye. saya pernah lalui juga. dan saya terang-terangan membenci subjek tiga serangkai itu.
(Fizik, Kimia & Biologi)
saya benci. jadi saya tak belajar. lalu saya tak score. simple, kan?
tahniah, sarah. kamu berjaya buang 2 tahun begitu sahaja.

saya tahu, kalau saya boleh timbulkan minat sebesar habuk pun, saya mampu.
kalau saya lebih terbuka menerima takdir, mungkin saya dah belajar engineering.
ye, engineering. macam abang kamu a.k.a adik saya tu belajar.

jadi, saya tak mahu kamu jadi macam saya. 
cubalah yang terbaik. tak kisah laa. minat tu tolak tepi dulu. 
dengan sijil SPM yang bersinar-sinar, kamu boleh pilih kursus apa2 je.
masa tu boleh laa fikir minat k?

all the best,
Mahfuzah Atan

p.s: maaf, saya suka kacau kamu. siapa lagi saya nak kacau. saya tak ada adik perempuan lain. :P

tima kasey

saya happy je :)
walaupun awak sms saje nk tanya saya buat apa.
hari2 pulak tu. (-.-")
sebelum ni saya amat kutuk soalan typical gitu.
macam takde kerja lain. huh
tapi sekarang saya suka menjawabnye.
haha~
what goes around comes around. bla3. silakan perli saya.
saya happy je :)

p.s: awak, thanks for the sms(s)

Monday, May 25, 2009

maaf..

menghitung deritamu, aku tak bisa
aku pasti kamu tertanya-tanya
fahamkah aku akan resahmu?
seringkali,
aku gagal faham bahasa mendung
sedarku setelah hujan turun
dan jemuranku basah
baru aku tahu mengapa awan gelap
maaf, aku tidak bijak
aku bukan seperti impianmu
lalu, maaf..

Bob

entah kenapa... tiba2 saya teringat Bob.

nama sebenar, Azril. tak tahu lah kot ada Muhammad atau Ahmad kat depan. 
tapi mama abah dia panggil Bob je. 

abah Bob ustaz. guru mengaji saya. ustaz Ibrahim. ustaz sangat sayang saya. selain ajar saya mengaji, saya naik kereta ustaz pergi sekolah hari2. setiap kali hari report card, mesti ustaz yang tengok dulu. kira saya dapat berapa A

alah. senang kot sekolah rendah. mesti la dapat banyak A. nanti ustaz akan puji saya dan cubit pipi saya. sakit dowh. tapi saya suka. kan saya suka perhatian. (-.-")

saya tak suka Bob. dulu lah. sekarang tak tau. sebab dah lama tak jumpa.
tapi masa kami duduk satu taman perumahan dulu, saya tak suka Bob

Bob selalu kacau saya dan kawan2 main kat belakang rumah. sebenarnya dia memang suka kacau adik dia. adik dia, Athirah.. kawan baik saya di Seremban. jadi bila Athirah main teng-teng dengan saya dan Salwana kat belakang rumah, nanti Bob datang buat kacau.

saya pun tak ingat apa yang Bob buat/cakap. tapi yang pasti, saya tak suka Bob. 

satu hari yang saya paling ingat, Bob ambik payung saya masa balik mengaji. 
tak tahulah apa yang Bob dengki sangat dengan saya. 
saya mintak balik payung tu, dia taknak bagi. terus saya nangis gila2. saya dah tak fikir pasal payung. saya terus lari balik rumah. masa tu dia gabra. haha~

tau2 je payung tu dah ada kat depan rumah.. :) mesti dia letak. dia takut dengan abah.

apa-apa pun, terima kasih, Bob. walaupun saya tak suka kamu... 
tapi mengenang kamu membuat saya bersyukur; saya ada kenangan waktu kecil yang manis diingati. 
semoga kamu sukses.

selepas sekian lama di-tag

1. Letakkan gambar profile anda...


2. Terangkan apa maksud gambar itu...
Ini adalah gambar Platform 18 yang terletak di Stesen Bas Puduraya. Di Platform ini lah abah jemput mak, untuk beli persiapan kahwin. hee~ 
So, kira Platform ni ada ala2 elemen nostalgia lah. :)


3. Kenapa pilih atau letak gambar tu...
Saya suka sangat gambar ni, sampai letak kat profile sebab Platform ni kira amat significant dalam permulaan keluarga kitorang. 
Abah even ingat mak pakai apa hari tu.. White overall
Dan mak naik bas number 66 dari Tg Malim. Abah memang sweet! 

Mungkin ramai yang tak tahu, dan akan terkejut bila tahu, mak dan abah saya kenal 2 minggu je.. pastu terus abah hantar rombongan. Best kan? 
Tak payah dok couple, dating, gaduh lelama. Hehe. 

Sebab tu the whole family, tak kira kat mana kitorang berada, kalau dengar Platform 18, boleh senyum sorang2 sebab tempat tu terlalu nostalgic. :)


4. Tag 5 blogger
nita, aloy, fifi, zul and nisa :)

my web-based life

ye, betul. saya tak bangga cakap. tapi hidup saya semua web-based. kebanyakan affairs (as in, affairs. NOT scandals) dan transactions berlaku online. orang tau apa yang saya buat hari2 pun online (blog), saya check exam results, cari kerja, check movie showtimes, top up Touch n Go lagi, check bank transactions, pay bills, semua online! i too, connect with friends, relatives and lecturers, online. mungkin sebab masing2 tak ada masa nak berjumpa. jadi, lagi senang buat semuanya online. 

tapi, walaupun komputer ni online 17 hours a day (online at 7am, offline at 12 midnite), tapi tuannya tak online sekali. tuannya kena tolong di dapur, kemas bilik, jemput adik kat sekolah, monitor adik yang pantang-lepa-mesti-nak-curi-tengok-TV, bersihkan akuarium, bagi hamster makan dan lain2 benda yang memerlukan sentuhan fizikal.

tuannya ini juga dituntut perhatian oleh beberapa individu melalui sms (duh.. online la tu. PHONE line), memberi khidmat nasihat, menjadi kaunselor tidak berbayar dan juga pendengar setia.

jadi, walaupun hidup MAISARAH ni web-based, dia masih ada hidup sendiri. OK?

Friday, May 22, 2009

budak~

saya tahu. akhir2 ni saya selalu blog pasal budak.
selama menghabiskan masa di rumah, saya selalu dikelilingi budak.
mak saya buat tutoring kat rumah. anak2 jiran datang belajar.
banyak cerita sengal yang saya boleh kongsi. bersabar, ye? :)
ingatlah; kita semua pernah jadi budak. 


Lokasi: Rumah Saya a.k.a Tuisyen Anak2 Jiran
Musim: Ramadhan di suatu tahun yang agak lama

budak2 ni semua puasa. jadi semua pakat diam je.
tak ada yang panjat2 meja, tak ada yang main baling2 pemadam.
hari yang panas... tenaga pun kurang. haha~ lega jugak la mak mengajar hari tu.
di suatu sudut, ada seorang budak menongkat pipi.. ala2 berfikir panjang.
mak saya pun tanya..

Mak: Afiq, kenapa menung ni? dah siap? meh makcik check.
Afiq: Haih...
Mak: Kenapa ni? Afiq risau apa?
Afiq: Makcik, saya nak tanya.
Mak: Haa, kenapa? 
Afiq: Kawan saya kata...
Mak: Kawan Afiq kata apa?
Afiq: Tadi kawan saya kata puasa saya dah batal.
Mak: Hah? Kenapa pulak batal? Afiq makan ke?
Afiq: Tak...
Mak: Camtu, takde la batal.
Afiq: Haih..
Mak: Afiq buat apa? Cuba cakap dengan makcik.
Afiq: Saya tak buat apa2.
Tapi kawan saya kata puasa batal kalau tumbuh bulu kaki.
Ni bulu kaki saya dah tumbuh. Camana...??!
Mak: !!!!!

LOL

Kisah Hakeem 1


(on the phone)
Lokasi : Saya kat Nasmir, Hakeem kat Bukit Indah
Masa: 10.00 pm kot. Sebab saya pergi tengok bola.

Hakeem: Hello, Sarah. Awak kat mana ni?
Saya: Hakeem! Saya kat luar ni, makan.
Hakeem: Awak makan di restoran ke?
Saya: Ye, restoran.
Hakeem: Ohh. Bising lah. Awak makan dengan siapa?
Saya: Saya makan dengan kawan saya.
Hakeem: Kawan? Kawan awak tu lelaki ke perempuan?
Saya: (gelak) Kawan saya perempuan..
Hakeem: Hurm. Saya ingat awak berkawan lelaki dan perempuan.
Saya: Tak. Tak. Kawan lelaki saya, awak sorang je.
Hakeem: Ok. 

now, who says I need a boyfriend?
LOL

macam2~


hari ni saya bangun dengan happy :) kenapa? ah, terlalu malu nak bagitau lah. hehe. 
mungkin kerana saya dapat proper good night wish malam tadi. hee~ *blush
hari ni Adam ada game. 

jawapan kepada FAQ's yang bakal datang kejap lagi:
1. Siapakah Adam yang seringkali namanya timbul dalam Terminal?
☺Adam adalah kawan yang saya kenal di Friendster, yang selalu text saya setiap hari, tapi tak pernah jumpa saya.
Tapi saya pernah nampak beliau kat court minggu lepas :P

2. Adakah Adam special, untuk diperkatakan di Terminal?
☺ Semua kawan saya adalah special. Lagipun, saya selalu sebut nama kawan2 lain juga.
So, jangan nak buat issues. 

3. Sarah, Adam main game apa?
☺ Basketball :)

p.s: kalau ada soalan lain, soalan anda tak relevan. haha.


hari ni saya bangun je, terus text O.M. 
somehow tiba2 teringat beliau yang agak2 tak berapa sihat.

dear O.M, jangan lupa breakfast, okay? 
saya yang diet ni pun selamat makan cucur pisang angkara mak. 
huh. kalau kaklong gemok, kaklong peras mak beli threadmill.


selepas breakfast, aku sibuk dengan benda ni je lah:

hadoih. bosan kronik. :P
but i destroyed a girl. kesian dia. haih.

semalam mahfuzah sibuk dengan tshirt design generator dia. ONLINE generator, OK..
menghalang aku main Sorority Life. huh. 
kesian pulak, I tried designing sumtin on InDesign. ewah. macam terror je.
Mahfuzah takmau design biasa2 yang budak skolah slalu buat tu.. dia nk sumtin simple.


so I came out with these:

"it's an Alpha thing" sebab kelas dia Tingkatan 4 Alpha.
(huh... tu kelas aku gak. tapi dulu takde la ngade panggil Alpha. it was plain 4 Sains 1)
ada black shirt and white shirt versions. macam bodoh je design aku ni
kalau encik Lan handsome tu nampak, mesti dia bagi fail Graphics & Design. aiyo~

nanti saya update korang lagi pasal kebosanan duduk di rumah tanpa gaji.
LOL