Thursday, May 28, 2009

kamu silap

kalau kamu fikir
kerana perkara remeh
aku akan berlalu
kamu silap

aku tidak serapuh pembaris plastik
yang kita guna dulu
untuk buat matematik
terhimpit, pecah
terbengkok, patah

aku lebih memandang diriku
sebagai ombak
saban hari menyapa pantai
mungkin ada hari2 pantai tak sudi
namun ombak datang juga
air laut menyapu lembut
pasir berselut

lalu jika kamu fikir
aku akan berlalu
kamu silap...

6 maklum balas:

zul hafixi said...

aku x pakai pembaris dulu2 wat matematik... time nak garis je bawak kuar nametag... huhu

aloy_paradoks said...

ombak yang mengganas itu merubah pantai hingga pantai musnah!

Sarah said...

zul: sekarang saya guna kad matriks. haha~

aloy: jadi ombak harus berputus asa sekarang?

boe~ said...

let it go

Sarah said...

boe~: cerita ini harus didengar dari awal sebelum awak buat apa2 keputusan.

boe~ said...

betul betul betul