tali mesin?
ahh.. setiap kali ada orang yang beralasan kelakar untuk buat sesuatu, mesti kami perli abah.
"tali mesin, kan bah?" dan abah akan tersenyum segan je.
sebelum tu, mari kita definisikan "tali mesin"
sila lihat gambar di bawah. yang ditunjuk anak panah kuning tu lah "tali mesin"
fungsi tali tu.. OK OK. pernah tengok mesin jahit lama? yang guna kaki tu?
tali ni la yang connect pergerakan kaki dengan pergerakan jarum.
so, bila kaki kita menggerakkan besi kat bawah tu, roda sebelah benang tu akan berpusing, dan jarum akan bergerak. :)
now, ramai yang tahu, mak saya sangat aktif menjahit. tak ada satu pun baju kurung atau kebaya atau kebarung saya yang dibeli. semua mak yang jahit. jadi, mesin jahit a.k.a sewing machine adalah satu harta mak yang paling disayangi.
suatu petang, pada tahun 1986, seorang lelaki membantu tunangnya berpindah rumah.
anak dara tunangannya itu berkedai runcit di Kampung Keliang. tapi kerana sudah hampir tarikh perkahwinan, perniagaan tersebut di-take over oleh pakciknya.
lagipun, dah nak kahwin kan... mesti lah lepas tu nak ikut cik Abang memulakan hidup baru.
tunangnya kerja salesman... van sale, to be exact.
jadi dengan penuh kasih sayang, tunangnya itu menawarkan pertolongan untuk mengangkut mesin jahit itu ke rumah ibu bapanya di Tg Malim..
ditemani seorang lagi salesman yang agak2 sekepala, lalu mesin jahit itu diangkut naik van.
dalam perjalanan...
Member: lu nak hantar mesin jahit ni ke mana, bro?
Lelaki: balik rumah mak dia. nak dekat tarikh nikah ni, mak Ani suruh duduk rumah.
Member: lah. ye ke? habis dia tak jaga kedai dah?
Lelaki: tak.. dah Ani duduk rumah mak dia.
Member: hadoi. susah laa gini, bro! kalau dia duduk kedai, senang korang nak jumpa. nanti dah duduk kat kampung tu, lagi jarang la korang jumpa. orang kampung dia tu boleh tahan garang.
Lelaki: tu lah, bro. tunang tuuu. rindu la kalau tak jumpa.
Member: senang je, bro. lu jangan hantar semua. cabut la apa2 yang patut. nanti ada alasan lu nak masuk kampung, boleh jumpa.
Lelaki: hah? cabut apa?
Member: takpe2. nanti masa turunkan, kita tengok part mana2 yang boleh cabut.
oleh kerana tidak begitu tahu tentang mesin jahit, kedua-dua salesman tersebut hanya berani mencabut tali mesin itu sahaja.. hahaha~ minggu seterusnya, lelaki itu datang bertandang ke rumah tunangnya untuk memulangkan tali mesin yang "tercicir".
Lelaki itu Abah.
Anak Dara Manis tu Mak.
Salesman Licik tu Uncle Charlie :)
jadi, bila ada yang guna alasan yang agak2 tak masuk akal untuk buat sesuatu, kami akan sebut "tali mesin" dan itu cukup untuk masing2 senyum sendiri... :)

10 maklum balas:
hahahahhaha,, yg ini mmg kelakar,,,, siot tulllll..
licik tul uncle charlie....
Abah lu nakal.
haha~ ye, Abah memang nakal.
sweet memory...
tolong buatkan baju melayu saya boleh
boe~: sweet, kan? walaupun perkenalan tak lama sebelum nikah, kenakalan masing2 buat kenangan perkahwinan itu lebih manis. :) nak tempah baju melayu? nnt tanya mak.
abah licik sejak muda. haha.
>>intro dier specific gile.
mumu: yeah. abah licik sampai sekarang kot.
p.s: intro kena spesifik. straightforward. cam Abah. LOL
lu bape org adik beradik?
TIGA sahaja.
kalau saya kahwin dengan Amri, Amri ada dua adik ipar. LOL
haha.. amri menjadi kegilaan cik sarah nampaknye...
klo boley aku jugamahu penglaman sebegitu.. indahnyaaa~
zul: ahaha. bukan kegilaan. keminatan. (ada ke perkataan tu??) haha.
zul nak pengalaman sebegitu? pengalaman menjadi kegilaan atau menggilai? hoh.
Post a Comment