Adam,
saya selalu kagum dengan ibu kamu yang lincah ke sana ke mari menguruskan anak2. ibu kamu baik sangat. selalu bertanyakan pelajaran saya kalau terserempak masa saya menyapu kat luar. kami sembang panjang kalau berjumpa.
akhir-akhir ni ibu kamu tak seperti dirinya yang selalu. ibu kamu yang sebelum ini gagah ke hulu ke hilir; sekejap ke kebun, sekejap menguruskan adik beradik kamu, sekarang ibu kamu bagaikan hilang arah. ye, Adam. sejak kamu tiada.
mendengar nama kamu cukup membangkit kekesalan saya. saya yang selalunya tak sabar nak melawat kawan2 mak yang baru bersalin. masa kamu lahir, saya tak sempat lawat. sehinggalah berita kamu masuk ICU kerana jangkitan kuman sampai kepada saya. dan tiba-tiba kamu sudah tak ada.
ibu kamu bukan tidak pernah kehilangan, Adam. sebelum kamu sahaja sudah beberapa adik beradik kamu diambil TUHAN dalam keadaan pra-matang. tapi kehilangan kamu ini amat memberi kesan kepada ibu kamu. kenapa, ye? sesungguhnya saya tak faham, tapi satu perkara ini yang saya tahu; kasih ibu memang kuat.
al-Fatihah untuk kamu, Adam.
8 maklum balas:
al-fatihah
al fatihah~
serius ke? budak adam tu dah meninggal?
aloy: takkan saya buat main perkara kematian. ehh tapi ni bukan Adam yang main basketball tu tau. ni Adam anak kawan mak. a baby.
ntah aloy... jgn men2 taw... sarah x suker... akoo pon x suker... huuhu
zul: a'ah. saya suka amri je.
or ye ke.... kesian kan... gua bukan leh dengar citer2 mcm ni... takpe... sbb adam tu akan jadi penghuni syurga nanti
zul pun tak suke er,,,, erm takpela..
aloy: betul2. adam tu akan panggil parents dia skali nnt. alah, takpe2. zul tak suka, saya suka. betul la aloy tanya. nnt ingat adam lain pulak.
Post a Comment