Sunday, May 2, 2010

goodbye

secara rasminya blog ini akan ditutup

sementara atau selamanya, belum pasti.

-maisarah atan-

Saturday, May 1, 2010

AWARD FROM NITA AND FIFI... SUKA!



7 Facts About Maisarah Atan

1. Short.

2. Mastered her English Grammar when she was 15 (like FINALLY.. lembab giler).

3. Loves cats.

4. The eldest... so yeah. You can expect her to have all the eldest-child-syndrome qualities; bossy, demanding, impatience, cannot tolerate slow movers bla3.

5. Ambitious and wants to be rich so she can retire at 40 and travel.

6. Multitask too much to the point of talking to her mom while putting on clothes.

7. Daughter of Encik Atan and Puan Nor'Ani, sister of Taufiq and Mahfuzah.

I would like to give this award to:

Shax the funniest blogger
Fifi chantek selamanya
Nita comel lama tak jumpa
Khairul Fadhli blog sudah tiada akibat hacker
Sofie budak manje
Ucup diva sentiasa
Aidil the photographer

dan semua pembaca :)

Wednesday, April 21, 2010

awak pelik. tapi saya sukaa. LOL

awak senang percaya orang
saya suspicious memanjang
awak nak tolong orang selalu
saya fikir entah2 orang tu kaya, takyah la
awak makan laju2
saya pun. errks! hehe
tapi awak takut colon cancer
lepas dengar horror stories
daripada saya
yang takde bukti pun makan laju2 boleh dapat colon cancer
tapi awak takut jugak
sebab awak nak jaga saya.. :)
awak selalu blur
saya nampak, tapi buat2 blur
sebab best jugak kadang2 jadi blur ni
blur bersama ♥
awak kalau driving tak dengar saya cakap dah
ye lah.. lelaki mana boleh multitask
saya kalau driving awak terjerit
terutamanya masa U-turn
90km/h :P
sorry sayang
awak rasa cari duit tu senang
saya rasa cari duit tu hell
awak suara kuat
jadi kalau tak jerit pun suara kuat juga
dan saya selalu merajuk
ingat awak marah kat saya
awak risk taker
saya play safe
awak penyabar
saya tak boleh salah sikit
awak sensitive
saya straight to the point no belok2
kadang2 buat awak sedih
saya selalu kata u shudnt be with me lah baby
awak selalu kata u are perfect for me cupcake
saya selalu kata u can find a better girl
awak selalu kata GOD pointed me to you
awak handsome
saya lawa (hek eleh)
hehe!

i love u, khairul fadhli abdul rahim :)

Monday, April 19, 2010

good to be home

yes. title tu dah betul. eh betul ke eja title? kalau double T nanti lain pulak bunyik macam "tit". lucah pulak nanti kan. heh.

ni la akibatnya kalau dah selesa duk umah. ada je perkara merapu bermain2 kat dalam kepala ni. oh maybe "bermain2" is not very suitable. more to "terawang2". dah2. kisahnya sarah baru balik semalam. tengahari lepas lunch dengan Babycake-Khairul-Fadhli-yang-comel-dan-tak-sabar2-nak-kahwin (i nak kahwin u jugak! hee. gatal) terus la pulang ke rumah. pecut ala2 140km/j dengan Kelisa mak yang dah lama tak race tu. fuhH!

padahal ter-tekan pedal tu dah tak ingat dunia. tak niat pun nak pecut. mintak maaf ye polis. jangan saman. sumpah saya tak sedar. in fact, bila ternampak speedometer da sampai 140 tu terus istighfar dan kembali ke lane tengah.

sampai rumah, terus lepak2 aje. nak online pun takleh sebab hari dah hujan. ayahanda dah pakat2 tutup semua suis. heh. main piano aje lah. tu pun jari jemari dah kaku sebab dah berapa bulan tak sentuh piano.

malam tu kita satu family pergi makan. sambut birthday Abah yang ke 56th. or 65th? heh. gurau je abah.

sekarang sedang tergolek kesenangan lepas makan nasi lemak. hidup indah bila di rumah. internet laju, makan pun tersedia, dan jugak boleh menyidai kain tanpa dicemari bau2 terlarang daripada kain baju orang lain. oops!

pendek kata, it's good to be home :')

Saturday, April 17, 2010

padan muka kau

Assalamualaikum
Waalaikumussalam.. Sapa ni?
Ehh bukan ke aritu sy dah gtau awak sapa sy..
Maaf la. Kalau bukan kwn xsimpan number. Bye
Ok..bye.
Lain kali kalau tak kenal/xd hal jgn msg.
Yeke..xpe la sy malas nk layan kalu dah awk sendri ckap xkenal ngan sy.. Ok sy xkan kaco awk k.. maafkan st bab ganggu awk..
FYI, sy yg malas nk lyn. Sy ni bukan wakil rakyat nak lyn2 orang xknal. Sorry. Bye.
xkenal?? Kte kenal..xpe..reject,awk ni cam buruk perangai ja..bye
Mmg sy ni buruk perangai. Sy ni makan pakai kaki tau. Bye.

Monday, April 12, 2010

catatan budak separuh matang

that's right. turn your back on me.
even when you are unconscious, you never think of my feelings.
best friends do not exist.

okay. i am finally matured.

pernah tak?

korang ramai kawan. have fun sama-sama.
bila nangis korang sorang2 je.
bila kawan korang nangis pandai pulak diorang call.

aku pernah. aku tengah nangis pun.
and this is a good lesson.

Catatan Sampah di Pagi Hari

Aku ada test Media Law. Jadi aku bangun pukul 4.15am untuk membaca buku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan statement selfish seseorang. Jadi ni lah luahan aku.

"Awal-awal dulu kita berdua rasa marah. Kau suruh aku settle, then kau nak backup aku. Aku buat. Aku try. Tapi entah kenapa tiba-tiba dalam masalah ni aku sorang je kena tembak. Padahal sama-sama tak puas hati. Tak apa lah, KAU KATA. Nanti kau try pulak. Aku pun okay je. Nanti kita settle sama-sama, AKU FIKIR. Semester ni ada seminggu lagi. Mesti sempat.

Awal-awal dulu macam ramai je yang terkinja-kinja tak puas hati. AKU FIKIR, bukan aku sorang. Nanti ramai-ramai duduk berbincang mesti okay. AKU FIKIR la. Orang lain fikir aku tak tau sebab aku tak control otak diorang. Tiap kali kau message aku kata kau marah, aku balas. Tapi bila aku mengadu kat kau, kau buat tak tau je. Tiba-tiba kau settle untuk diri kau. TERIMA KASIH ah eh."

Betul la cakap mak aku. Mana ada orang nak sama-sama tersepit. Semua orang buat hal sendiri je, lepaskan diri sendiri je. Terima kasih, mak. Betul cakap mak.

Nak balik rumah ah. Rindu. Sekian.

Thursday, April 8, 2010

mahfuzah berpuasa lagi

mahfuzah berumur 6 tahun. baru belajar puasa.
satu hari dia datang kat mak.

"mak, kalau TERmakan (sambil emphasis on the word TER) batal puasa tak?"
"kalau tak sengaja tak batal"
"tapi kalau makan BATAL (emphasis lagi) kan?"
"batal.. tapi tak sengaja tak batal.." (mak just wont get the hint)
"tadi pujah TERmakan kacang. batal tak?" (dah mula tension)
"kalau termakan maksudnya tak sengaja. tak batal laa"

"alaaaaaah!! kenapa tak batal???!!!"
*sambil berguling2 nangis*

mak: ?????

mahfuzah pun sengal juga

bulan puasa. mahfuzah duduk diam2 dalam bilik.
mak rasa pelik. kenapa laa dengan anak aku sorang ni.

*bukak pintu*

"kenapa duduk dalam bilik je?"
"sakit perut.."
"pergi la toilet!"
"tak boleh..."
"laah.. kenapa?"

"kalau pegi toilet, semua makan pagi tadi keluar.
lapar laa nanti...!"

LOL


kalau ada button ni best kan?
heheh. jangan marah eh amin.

Monday, April 5, 2010

sweetness

"I baru sampai rumah Pokda..
Guess u r asleep depan laptop with assignment half finished..
Hehe.. I love you baby.."

Sender: baby (5-Apr-2010 @ 00:54:54)

awww... understanding nyer...
boyfriend saper la ni... muahx!

Sunday, April 4, 2010

happy 10th month anniversary

it's been magical
from the very first day
how you took my hands
lead me into fairytale

the tale of you, me
and our matching dreams
how we started to write poems
and call each other "baby"

too good to be true, they said
but we're doing great
we have read so many happy endings
happy ending is what we're gonna create

so this coming 22nd april
is the tenth month of you and me
i don't care what people would say
(i know this is so high school, but)
happy 10th month anniversary

adam@syamin

adam adalah budak yang mak sarah jaga masa kecik.
dia setahun muda daripada adik sarah.
ayah adam kerja askar.
suatu hari yang bersejarah:

sarah: (konon nak jadi kakak2) adam tau tak ayah adam kerja apa?
adam: (fikir lama) tau!
sarah: kerja apa?
adam: men-dadah!
sarah: haaaah?? (terkejut badak)
adam: ha'ah. macam dalam tv tu. men-dadah.
sarah: men-dadah? jual dadah ke? kenapa adam cakap camtu?
adam: sebab dalam tv adam tengok orang men-dadah pakai cermin mata hitam.
ayah pun pakai cermin mata hitam....